Pages

Showing posts with label Egg. Show all posts
Showing posts with label Egg. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Telur Dadar Buttercup

Simple lunch dish just for 2.
3 grade C eggs + 1/2 an onion (diced) + a bit of salt + 4 small chillies (sliced).
Mixed well and fried with a buttercup.
That's it.

Tuesday, August 17, 2010

Telur Hancur Masam Manis

Telur Hancur Masam Manis
Assalamualaikum.
Bila anda kesuntukan masa, ketandusan idea dan hanya dua hingga 4 orang yang mahu makan, bolehlah cuba lauk ini. Sangat mudah, cepat disediakan dan sedap juga dimakan.

Bahan-bahannya:
3 biji telur ayam.
1 biji bawang besar dihiris bulat-bulat.
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
kalau nak pedas sikit, boleh tambah 2 biji cili hijau

Cara-caranya:
1. Goreng telur biar jadi hancur - serupa scrambled egg. Ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar dan cili hijau hingga naik bau.
3. Masukkan semua sos dan garam.
4. Bila nampak sebati dan garam hancur, masukkan telur hancur.
5. Kacau biar rata dalam beberapa minit.
6. Bolehlah diangkat.

Senang saja kan?

Sunday, August 15, 2010

Roti Sira

Roti Sira
Bahan-bahan:

5 atau 6 keping roti sandwich
2 biji telur gred B
sehelai daun pandan
2 cawan air
5 sudu besar gula

Cara-caranya:

Didihkan air bersama gula dan daun pandan.
Pecahkan telur dalam mangkuk berasingan dan pukul hingga kembang sikit.
Bila air mendidih dan gula hancur, celup roti ke dalam telur, biar rata dan terus masukkan ke dalam air.
Ulang hingga roti habis.
Jika ada lebihan telur, curahkan ke atas roti.
Kecilkan api dan tutup periuk dalam 5 min.
Bila telur dan masak, roti pun dah serap sirapnya, bolehlah dipadamkan api.
Biarkan sejuk.
Jika suka sejuk, boleh masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais.

Cepat sekali menyediakannya. Makan pun sedap.

Friday, August 13, 2010

Gulai Telur Kakchik

Gulai Lemak Telur

Bahan-bahan:

1 kotak santan segera 200ml
4 biji telur ayam
1 ulas bawang merah ditumbuk
1 inci lengkuas ditumbuk
1 sudu teh kunyit serbuk - lebih sedap kalau kunyit hidup tapi bekalan habis :(
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:

1. Masukkan santan ke dalam periuk dan tambahkan air hingga takat kuah yang dikehendaki. Kacau.
2. Panaskan santan atas api sederhana.
3. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali telur. Masak hingga mendidih.
4. Kacau-kacaukan kuah agar tidak mendidih dan berbuih keluar.
5. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah. Jangan kacau.
6. Bila telur kelihatan agak masak, kacau perlahan-lahan agar ia sebati dengan kuah tapi bahagian kuning beserta putih telur ada yg masih tidak hancur.
7. Bila telur sudah agak pejal, jangan sampai terlalu pejal nanti tak sedap. Bolehlah diangkat.

Selamat Berbuka!


Sunday, July 25, 2010

Telur Dadar Budu & Sayur Air Kubis

Telur Dadar Budu
Sayur Air Kubis
I'm so lazy to write the recipe. If you want it please ask. TQ

Tuesday, June 29, 2010

Telur Dadar Budu


Bahan-bahannya:

2 biji telur gred B
1 biji cili hijau - hiris nipis
1 biji cili merah - hiris nipis
1/2 labu bawang besar - dipotong nipis
3 sudu besar budu

Cara-caranya:

Pecahkan telur dalam mangkuk.
Masukkan semua bahan-bahan lain.
Gaulkan rata.
Goreng hingga garing dan naik baunya.
Siap untuk dimakan.

Click if you like

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails