Pages

Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Monday, September 27, 2010

Monday, September 6, 2010

Kobis Goreng Udang & Ikan Goreng Garam Kunyit

Kobis Goreng Udang
Bahan-bahan:
5 ekor udang sederhana besar, diperap dengan garam kunyit.
3 kelopak daun kubis dipotong kasar
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu besar sos masam manis
1 sudu besar sos tiram
air secukupnya untuk kuah
garam secukup rasa

Cara-caranya:
Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bawang putih dan masukkan udang.
Kacau-kacaukan udang dan bawang putih hingga naik bau dan udang separuh masak.
Masukkan kobis dan sos.
Gaul rata.
Tambahkan air. Bila mendidih tambahkan garam.
Bila kobis agak layu bolehlah diangkat.

Ikan Goreng Garam Kunyit
Tak payah letak resepilah sebab semua orang dah pandai nak buat kan?

Sunday, July 25, 2010

Telur Dadar Budu & Sayur Air Kubis

Telur Dadar Budu
Sayur Air Kubis
I'm so lazy to write the recipe. If you want it please ask. TQ

Monday, July 19, 2010

Pucuk Paku Sos Tiram


Bahan-bahan:

seikat pucuk paku
1 ulas bawang merah diketuk
2 ulas bawang putih diketuk
1/2 batang karot
5 ekor udang - dipotong kecil
1 biji cili merah dihiris nipis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis

Cara-cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
Masukkan pucuk paku, karot, udang dan cili.
Gaul rata hingga sayur agak layu.
Masukkan sos tiram dan kicap.
Gaul rata sebentar dan boleh diangkat.

Senang dan cepat. Alhamdulillah.

Thursday, July 15, 2010

Udang Masam Manis dan Sayur Lemak

Udang Goreng Masam Manis

Sayur Lemak

Ikan Selar Goreng

Tak sempat nak taip resepi. Lepas ni la ya.

Monday, July 12, 2010

Pucuk Paku Goreng


Malam ni kakchik cuba resepi dari sini: Senarai Resepi | Posted by Pn. Azizah Radzuan, Ampang, Selangor.

BAHAN-BAHANNYA:

2 ikat pucuk paku
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 biji telur
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap manis

CARA MEMBUATNYA:

1. Tumiskan bawang merah dan putih hingga garing.
2. Pecahkan telur. Kacau. masukkan pucuk paku. Kacau rata.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis untuk menyedapkan rasa.

Copy From : MAJALAH IBUBAPA BIL 28 NOV 1999.

Wednesday, June 30, 2010

Udang Goreng Sayur Campur


Bahan-bahannya:

200 gm udang
pelbagai sayur yang disukai
3 ular bawang putih diketuk
2 sudu teh garam untuk memerap udang

Cara-caranya:

Perap udang dengan garam selama 10 min.
Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan udang, kacau hingga agak masak.
Masukkan sayur yang adak keras seperti karot dan bunga kobis.
Bila udang agak masak dan sayur tadi agak layu, masukkan sayuran yang lain.
Kacau hingga rata dan bila sayur layu, boleh diangkat.

Selamat mencuba!

Friday, June 25, 2010

Sayur Campur Cendawan Masam Manis


Bahan-bahannya:

150 gm cendawan tiram - disiat-siat
4 batang sawi - dipotong kasar
karot - ikut suka
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 biji cili hijau - dipotong halus
1 camca besar sos tiram Nona
2 camca besar sos masam manis 
satu cawan air - kuah
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik baunya.
Masukkan karot dan batang sawi.
Bila kedua-duanya nampak agak layu, masukkan daun sawi dan cendawan.
Kacau hingga semuanya kelihatan layu.
Masukkan air. Kacau hingga mendidih.
Masukkan sos tiram dan sos masam manis. Kacau lagi.
Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
Puas hati dengan rasanya bolehlah diangkat dan dihidang.

Selamat menjamu selera! Mudah kan?

Sunday, June 20, 2010

Sayur Air Timun


Bahan-bahan:

2 biji mentimun - dibelah dua dan dipotong serong
3 ulas bawang merah - ditumbuk
segenggam ikan bilis - ditumbuk
1/2 sudu teh lada hitam - ditumbuk
3 cawan air
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali garam dan gula. Masak atas api sederhana.
2. Bila air mendidih, masukkan garam dan gula.
3. Gaul rata, kecilkan api.
4. Bila timun agak layu bolehlah diangkat dan dihidang.

Selamat menjamu selera!

Wednesday, June 16, 2010

Sayur Campur


untuk 4 orang

bahan-bahan:
6 batang kacang panjang - potong pendek
1/2 batang karot - potong ikut suka
2 batang sawi - potong ikut suka
bunga kobis - ikut suka nak banyak mana
segenggam ikan bilis - dibersihkan
3 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
sedikit minyak
2 sudu besar sos tiram
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

cara-caranya:
panaskan minyak pada api perlahan
tumiskan bawang yang telah dimayam hingga naik bau
masukkan ikan bilis, goreng hingga rangup
masukkan karot, bunga kobis dan kacang panjang, gaul rata hingga agak layu
masukkan sawi dan kacau rata
masukkan sos tiram
masukkan garam dan serbuk lada hitam
kacau hingga sayur masak
hidangkan panas-panas

resepi sendiri

Click if you like

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails