Pages

Thursday, February 12, 2009

Resepi Butter Rolls


Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~~~
  1. 1 sudu makan gula
  2. 1/2 cawan susu cair/segar
  3. 1 oz yis (kakchik guna dry yeast)
  4. 250 gm tepung gandum (2 cawan)
  5. 15 gm (1 sudu makan) mentega
  6. 1 biji telur
Cara Membuatnya
~~~~~~~~~~~~~~~~
  • Masukkan kesemua bahan dan gaulkan sehingga sebati perlahan-lahan.
  • Uli adunan hingga jadi doh yang lembut & tak lekat di tangan. Jika doh lembik, tambahkan tepung & uli lagi hingga doh lembut & kental.
  • Biarkan di bawah penutup kain lembab hingga doh naik 2 kali ganda.
  • Tumbuk doh untuk keluarkan angin, canai dan bahagikan kepada saiz kecil seberat lebih kurang 35 gm.
  • Buat bentuk bulat (ikut suka hati pun boleh) dan masukkan dalam acuan.
  • Sapukan kuning telur untuk kilat. (kakchik letak keju mozarella untuk topping).
  • Bakar pada suhu 200 darjah C selama 20 min.
Resepi dari PEREMPUAN, Dis. 2005.

2 comments:

  1. menarik roti nie..nampak sedap pulak..sejak buat roti kentang tak jadi terus takut nak buat lagi..

    ReplyDelete
  2. lembut tak roti ni....itu hari saya buat roti jadi Batu hehehe

    ReplyDelete

Click if you like

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails