Pages

Friday, March 6, 2009

Roti Mini


Bahan-bahan:

Bahan A
125 gm tepung gandum
150 ml air (suhu bilik)
2 sudu makan susu tepung
2 sudu makan gula
2 sudu teh yis segera

Bahan B
125 gm tepung gandum
1 sudu teh garam

Cara-caranya:
  1. Gaul rata semua bahan A.
  2. Masukkan bahan B sambil terus di gaul & diuli.
  3. Uli hingga doh jadi licin.
  4. Tutup doh dalam mangkuk adunan dengan plastik.
  5. Biarkan sehingga naik 2 kali ganda.
  6. Tumbuk doh untuk membuang angin.
  7. Uli sekali lagi.
  8. Bahagikan kepada 12 bahagian yang hampir sama berat (lebih kurang 20 gm).
  9. Bentukkan menjadi bentuk bulat. Biarkan sebentar.
  10. Bakar selama 20 min dalam kepanasan 180 darjah.

No comments:

Post a Comment

Click if you like

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails