Bahan-bahan
500 gm makaroni
300 gm daging atau isi ayam (kalau nak letak udang pun boleh)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 sudu rempah sup
1 cawan tomato soup
1 sudu besar cili giling
2 biji kentang
1 batang karot
sedikit halia
sedikit lada hitam
sedikit daun bawang
sedikit daun sup
sedikit bawang goreng
Cara memasak
1. Rebus makaroni hingga lembut kemudian toskan. (air + 1 s/besar minyak + makaroni)
2. Daging dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
3. Bawang besar, bawang putih, halia dihiris halus-halus. (kakchik tumbuk semuanya)
4. Kentang dan karot dipotong dadu (kecil-kecil)
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
6. Bila bawang telah garing, masukkan cili giling dan tomato soup. Biarkan sekejap hingga pecah minyak.
7. Masukkan rempah soup dan lada hitam. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging dan masak hingga daging empuk.
8. Masukkan kentang dan karot dan tambah air seperti buat sup biasa. Biarkan mendidih atau sehingga kentang empuk.
9. Masukkan garam secukup rasa dan tutup api.
10. Masukkan sedikit makaroni ke dalam mangkuk dan bubuh kuah soup. Hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya. Sedia untuk dimakan. Lebih sedap dimakan panas-panas. (kalau nak rasanya lebih sebati, masukkan kesemua makaroni ke dalam sup tapi jangan dibiar lama sebab makaroni akan kembang).
Kredit: My Favourite Recipes
No comments:
Post a Comment