Bahan-bahan:
1/2 bungkus bihun - direndam 15 min
2 batang sawi
1/2 batang karot - diracik halus
sedikit kobis dan bunga kobis
2 biji telur
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
Cara-cara:
1. Tumiskan bahan yang ditumbuk atas api sederhana.
2. Bila naik bau masukkan sayur-sayuran.
3. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit serbuk lada hitam.
4. Bila sayur agak layu, masukkan bihun dan kacau rata.
5. Bila air agak kering, pecahkan telur di bahagian tepi kuali. Tunggu hingga agak masak dan kacau-kacau biar hancur.
6. Kacau sebati semua bahan kemudian masukkan 2 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar kicap soya.
7. Kacau hingga rata dan bihun kembang dan lembut.
8. Bolehlah diangkat dan dihidang.
9. Untuk lebih menarik, hiaskan dengan bawang goreng, sehiris limau nipis, hirisan daun bawang dan cili merah.
Enak sekali!
salam k.chik.firstime k.atie masuk ke'dapor' k.chik nie....wah!byk yg sedap2 nih!
ReplyDeletewkslm k.atie. dapur jrg berasap kak. hehe, time rajin je kakchik upload gambar. kalau masa tak letak pun.
ReplyDelete