Resepi ni kakchik salin dari blog Anna Qawina, buat belum tapi takut lupa kat mana resepinya, kakchik publish saja kat sini.
RESEPI ROTI YOGURT
Sumber & salinan: Yani@myresipi, Izahdaut & MasDuniaku
Bahan :
- 250g tepung roti
- 100g plain yogurt
- 60g susu segar *Ana guna susu tepung coklat bancuh air suam
- 25g telur * 1/2 biji telur
- 20g gula * saya letak 30gram
- 3g garam *Ana letak 1/2 sdt
- 30g marjerin
- 2.5g dry yeast * saya letak 3 gram (lebih kurang 1 1/2 sudu kecil)
Cara membuatnya :
- Masukkan semua bahan ke dalam home bakery. On kan. Biar sampai masak.
- Ana masukkan semuanya dalam BM & pilih menu SWEET serta Colour Light. Tekan Start.
- Selepas 20 minit pertama, BM akan berbunyi, bolehlah tambah kismis & choc.chips & teruskan proses hingga siap.
- Dah masak, segera keluarkan dari dulang roti ke atas pinggan/wire rack, sejukkan. *agak susah nak keluarkan, jadi sambil telangkupkan roti tu, pusing2 sikit bahagian bawah dulang roti tu.Sejukkan & bolehlah makan..
- Nak tegok versi comel2 boleh ke blog Izah & Mas..
Jika membakar dlm loaf, disyorkan bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau perang.
rujuk sini: Pure Enjoyment