Pages

Showing posts with label Bihun. Show all posts
Showing posts with label Bihun. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Bihun Goreng Pedas


Bahan-bahan:

1/2 paket bihun - direndam hingga lembut
200gm isi ayam
2 biji telur - goreng mata kerbau
2 sudu makan cili giling
2 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
4 kelopak kobis - dipotong halus (ikut sukalah)
4 biji cili padi
1 biji cili hijau siam (pedas)
1/2 cawan air
sedikit bawang goreng untuk hiasan & haruman

Jika mahu tambah sayur lain-lain pun boleh. Kakchik hanya ada kobis je malam ni.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis.
2. Tumiskan bawang dan cili giling hingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam dan gaul rata hingga masak. (nak tambah sotong atau udang pun boleh).
4. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih. (kalau nak masukkan garam pun boleh).
5. Masukkan kobis dan bihun, gaul rata.
6. Bila air kering dan bihun sebati dengan bahan-bahan lain dan gebu, boleh diangkat.
7. Jika belum goreng telur mata kerbau, boleh digoreng di dalam non-stick pan.
8. Hidangkan untuk 2 orang dengan taburan bawang goreng.

Selamat menjamu selera!

Monday, July 5, 2010

Bihun Goreng Mudah


Bahan-bahan:

1/2 bungkus bihun - direndam 15 min
2 batang sawi
1/2 batang karot - diracik halus
sedikit kobis dan bunga kobis
2 biji telur
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk

Cara-cara:
1. Tumiskan bahan yang ditumbuk atas api sederhana.
2. Bila naik bau masukkan sayur-sayuran.
3. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit serbuk lada hitam.
4. Bila sayur agak layu, masukkan bihun dan kacau rata.
5. Bila air agak kering, pecahkan telur di bahagian tepi kuali. Tunggu hingga agak masak dan kacau-kacau biar hancur.
6. Kacau sebati semua bahan kemudian masukkan 2 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar kicap soya.
7. Kacau hingga rata dan bihun kembang dan lembut.
8. Bolehlah diangkat dan dihidang.
9. Untuk lebih menarik, hiaskan dengan bawang goreng, sehiris limau nipis, hirisan daun bawang dan cili merah.

Enak sekali!

Click if you like

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails