Pages

Showing posts with label Mushroom. Show all posts
Showing posts with label Mushroom. Show all posts

Friday, August 27, 2010

Cendawan Goreng Tepung Radix

Cendawan Goreng

Bahan-bahannya:

1 pinggan cendawan tiram
1 biji telur dipukul
4 biji bawang putih ditumbuk
1/2 paket tepung serbaguna Radix

Cara-caranya:

1. Gaulkan bawang putih, telur dan cendawan.
2. Biarkan 5 minit
3. Panaskan minyak yang agak banyak hingga mendidih.
4. Salut cendawan dengan tepung serbaguna dan goreng hingga garing.
5. Ulang hingga habis.
6. Boleh dimakan begitu saja atau dicicah sos cili.

Selamat mencuba!

Inspirasi dari blog: MyCendawan

Sunday, August 22, 2010

Sayur Cendawan Tiram

Sayur Cendawan Tiram
Resepi untuk berbuka dan bersahur sekaligus.
Kalau nak cuba just cari kategori Mushroon, pasti ada resepinya. Kakchik rasa tak payahlah dituliskan sekali lagi sebab resepinya sama saja.

Tuesday, June 29, 2010

Sup Sayur Cendawan


Resepi asal adalah dari dapur Nurindah.

Bahan-bahannya:

150 gm cendawan tiram - disiat-siat kasar
5 batang sawi - potong ikut suka
sedikit karot - potong ikut suka
sedikit bunga kobis
2 biji bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
 5 biji cili padi
air untuk kuah, jangan terlalu banyak kerana cendawan sudah berair.
lada sulah secukup rasa
serbuk lada hitam secukup rasa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya:

Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan air, cendawan dan sayur yang lain.
Masukkan semua perasa kecuali garam.
Biar hingga mendidih dan cendawan layu, masukkan garam.
Biar sebentar, barulah diangkat.
Masukkan cendawan, 

Friday, June 25, 2010

Sayur Campur Cendawan Masam Manis


Bahan-bahannya:

150 gm cendawan tiram - disiat-siat
4 batang sawi - dipotong kasar
karot - ikut suka
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 biji cili hijau - dipotong halus
1 camca besar sos tiram Nona
2 camca besar sos masam manis 
satu cawan air - kuah
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik baunya.
Masukkan karot dan batang sawi.
Bila kedua-duanya nampak agak layu, masukkan daun sawi dan cendawan.
Kacau hingga semuanya kelihatan layu.
Masukkan air. Kacau hingga mendidih.
Masukkan sos tiram dan sos masam manis. Kacau lagi.
Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
Puas hati dengan rasanya bolehlah diangkat dan dihidang.

Selamat menjamu selera! Mudah kan?

Friday, June 18, 2010

Cendawan Tiram Goreng Sempoi


Bahan-bahannya:

200 gm cendawan tiram - disiat-siat
3 ulas bawang putih - ditumbuk atau diketuk
 1 biji cili hijau - dihiris nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air
lada sulah secukup rasa
1 sudu besar sos tiram

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan tiram, gaul rata.
3. Masukkan air untuk kuah - ikut suka. Gaul rata
4. Masukkan sos tiram kemudian lada sulah.
5. Bila cendawan agak masak, masukkan kedua-dua jenis cili. Gaul rata.
6. Angkat dan hidang untuk dimakan.

** Jika suka masin, tambahkan garam secukup rasa pada langkah ke 4.

Selamat mencuba!


Click if you like

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails