Pages

Saturday, May 14, 2011

Mee Segera


Takde la adventure mana pun untuk menyediakan masakan ini. Masakan orang tak cukup masa.

Bahan-bahan:
1 paket maggie kari
1 biji telur
2 cawan air
4 batang sawi
3 kelopak kubis
1 biji cili merah
sedikit bawang goreng untuk hiasa.

Cara memasak:
Rebus air hingga mendidih.
Masukkan perencah maggie kari, kacau rata.
Masukkan maggie dan biarkan lembut.
Kecilkan api.
Masukkan sayur-sayuran.
Bila sayur layu, pecahkan telur. Tunggu telur masak.
Angkat dan hidangkan dengan hiasan bawang goreng.

Friday, May 6, 2011

Singgang Ikan


Bahan-bahan:

500 gm ikan selar kuning
1 labu bawang merah - diketuk
1 labu bawang putih - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
1 batang serai - potong dua dan diketuk
1 keping asam gelugur/keping
3 cawan air (kalau nak kuah banyak tambah sukatan)
garam secukup rasa

Caranya:

Sediakan periuk yang sesuai, masukkan ikan.
Masukkan semua bahan-bahan lain.
Akhir sekali masukkan air.
Rebus pada api sederhana hingga mendidih.
Rasa.
Jika sudah sedap/ok bolehlah diangkat.

Selamat menjamu selera gaya Kelantan.

Thursday, May 5, 2011

Bihun Goreng Pedas


Bahan-bahan:

1/2 paket bihun - direndam hingga lembut
200gm isi ayam
2 biji telur - goreng mata kerbau
2 sudu makan cili giling
2 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
4 kelopak kobis - dipotong halus (ikut sukalah)
4 biji cili padi
1 biji cili hijau siam (pedas)
1/2 cawan air
sedikit bawang goreng untuk hiasan & haruman

Jika mahu tambah sayur lain-lain pun boleh. Kakchik hanya ada kobis je malam ni.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis.
2. Tumiskan bawang dan cili giling hingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam dan gaul rata hingga masak. (nak tambah sotong atau udang pun boleh).
4. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih. (kalau nak masukkan garam pun boleh).
5. Masukkan kobis dan bihun, gaul rata.
6. Bila air kering dan bihun sebati dengan bahan-bahan lain dan gebu, boleh diangkat.
7. Jika belum goreng telur mata kerbau, boleh digoreng di dalam non-stick pan.
8. Hidangkan untuk 2 orang dengan taburan bawang goreng.

Selamat menjamu selera!

Wednesday, May 4, 2011

Telor Goreng Kicap

1

Resepi:

4 biji telur digoreng 'mata kerbau'.
1/2 cawan kicap manis.
3 biji bawang merah dihiris bulat-bulat.
2 biji bawang putih dihiris nipis.
1 biji cili hijau dihiris nipis-nipis 
(cili merah pun boleh. kakchik guna cili hijau sebab dia pedas sikit)
1 biji tomato dibelah 4.

Cara-caranya:

Tumis bawang  dan cili hijau hingga agak layu.
Masukkan kicap dan sedikit air.
Bila mendidih, masukkan tomato dan biar sebentar hingga tomato agak layu.
Tambah garam jika nak tambah perisa.
Angkat dan tuangkan ke atas telur yang telah digoreng.
Sempoi saja. Sedia untuk dimakan.

Monday, May 2, 2011

Ayam Goreng Halia

Ayam Goreng Halia
Recipe shall be added soon.

Click if you like

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails