Pages

Monday, September 27, 2010

Monday, September 13, 2010

Udang Goreng Bawang Lada


Bahan-bahan:

10 ekor udang sederhana besar - perap dengan garam kunyit
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1/2 labu bawang besar

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan gorengkan udang hingga separuh masak.
2. Masukkan semua bahan yang lain dan gaul rata.
3. Bila udang dah masak dan bawang agak layu, bolehlah diangkat.

Sangat cepat, ringkas dan SEDAP!

Monday, September 6, 2010

Kobis Goreng Udang & Ikan Goreng Garam Kunyit

Kobis Goreng Udang
Bahan-bahan:
5 ekor udang sederhana besar, diperap dengan garam kunyit.
3 kelopak daun kubis dipotong kasar
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu besar sos masam manis
1 sudu besar sos tiram
air secukupnya untuk kuah
garam secukup rasa

Cara-caranya:
Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bawang putih dan masukkan udang.
Kacau-kacaukan udang dan bawang putih hingga naik bau dan udang separuh masak.
Masukkan kobis dan sos.
Gaul rata.
Tambahkan air. Bila mendidih tambahkan garam.
Bila kobis agak layu bolehlah diangkat.

Ikan Goreng Garam Kunyit
Tak payah letak resepilah sebab semua orang dah pandai nak buat kan?

Friday, September 3, 2010

Dari Berita Harian: Minyak sapi jenama QBB Pure Ghee tidak halal

Minyak sapi jenama QBB Pure Ghee tidak halal
2010/09/04

KUALA LUMPUR: Pengguna beragama Islam diingatkan supaya tidak membeli dan menghentikan pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee yang sudah ditarik balik status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 19 Ogos lalu kerana didapati mengandungi elemen yang meragukan.

Meskipun arahan untuk menarik balik barangan ini dari pasaran sudah dikeluarkan, namun berikutan permintaan tinggi bahan itu ketika Ramadan terutama menjelang sambutan Aidilfitri, pengguna dinasihatkan supaya memilih produk yang diyakini halal sebagai alternatif.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah, juga menggesa syarikat pengeluar produk berkenaan, QBI Packaging Sdn Bhd menarik balik semua produk itu dalam pasaran kerana ia boleh mengelirukan pengguna Islam kerana tanda halal masih ada pada produk itu walaupun sudah ditarik balik oleh JAKIM.

Kami menerima banyak aduan daripada pengguna bahawa produk itu masih di pasaran dan ramai yang keliru sama ada ia halal atau pun sebaliknya kerana masih ada logo halal JAKIM tertera pada produk berkenaan, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berharap JAKIM dapat melakukan pemantauan rapi manakala syarikat terbabit dapat memberikan kerjasama dalam memastikan semua produk ditarik balik dari pasaran.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan meminta supaya Kementerian Kesihatan memantau dan menetapkan prosedur yang lebih ketat dan jelas kepada pengusaha pusat dialisis bagi memastikan ia terus diyakini.

Ini berikutan dakwaan seorang pesakit buah pinggang, Osman Mohamad, 53, dari Sabak Bernam yang kini menderita kesan jangkitan kuman didakwa berpunca daripada pengendalian pusat dialisis yang tidak sempurna.

Makaroni Sup

Makaroni Sup

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil
200 gm makaroni
sayur - sawi, kobis, bunga kobis, karot dan kentang - ikut suka
perencah sup adabi satu paket
cili padi - ikut suka
limau nipis, daun bawang/sup & bawang goreng - hiasan

Cara memasak:
1. Rebus ayam di dalam air - kandungan air bergantung pada banyak mana kuah yang dimahukan, tapi kena ingat makaroni menyerap banyak air. Jadi agak-agaklah.
2. Bila air mendidih, masukkan perencah sup, kentang dan karot.
3. Masukkan juga makaroni.
4. Bila makaroni agak lembut bolehlah dimasukkan sayur yang lain.
5. Tambah garam secukup rasa.
6. Sup sedia untuk diangkat bila makaroni kembang2 kali ganda.
7. Hidangkan dalam mangkuk. 
8. Taburkan daun bawang, cili padi, bawang goreng dan potongan limau nipis.

Selamat makan!

Click if you like

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails