Pages

Thursday, May 5, 2011

Bihun Goreng Pedas


Bahan-bahan:

1/2 paket bihun - direndam hingga lembut
200gm isi ayam
2 biji telur - goreng mata kerbau
2 sudu makan cili giling
2 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
4 kelopak kobis - dipotong halus (ikut sukalah)
4 biji cili padi
1 biji cili hijau siam (pedas)
1/2 cawan air
sedikit bawang goreng untuk hiasan & haruman

Jika mahu tambah sayur lain-lain pun boleh. Kakchik hanya ada kobis je malam ni.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis.
2. Tumiskan bawang dan cili giling hingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam dan gaul rata hingga masak. (nak tambah sotong atau udang pun boleh).
4. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih. (kalau nak masukkan garam pun boleh).
5. Masukkan kobis dan bihun, gaul rata.
6. Bila air kering dan bihun sebati dengan bahan-bahan lain dan gebu, boleh diangkat.
7. Jika belum goreng telur mata kerbau, boleh digoreng di dalam non-stick pan.
8. Hidangkan untuk 2 orang dengan taburan bawang goreng.

Selamat menjamu selera!

2 comments:

Click if you like

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails