Pages

Friday, August 27, 2010

Cendawan Goreng Tepung Radix

Cendawan Goreng

Bahan-bahannya:

1 pinggan cendawan tiram
1 biji telur dipukul
4 biji bawang putih ditumbuk
1/2 paket tepung serbaguna Radix

Cara-caranya:

1. Gaulkan bawang putih, telur dan cendawan.
2. Biarkan 5 minit
3. Panaskan minyak yang agak banyak hingga mendidih.
4. Salut cendawan dengan tepung serbaguna dan goreng hingga garing.
5. Ulang hingga habis.
6. Boleh dimakan begitu saja atau dicicah sos cili.

Selamat mencuba!

Inspirasi dari blog: MyCendawan

Sunday, August 22, 2010

Sayur Cendawan Tiram

Sayur Cendawan Tiram
Resepi untuk berbuka dan bersahur sekaligus.
Kalau nak cuba just cari kategori Mushroon, pasti ada resepinya. Kakchik rasa tak payahlah dituliskan sekali lagi sebab resepinya sama saja.

Wednesday, August 18, 2010

Sandwich Sardin Goreng


I made this dish for breaking our fast two days ago.

Ingredients:

4 slices of sandwich bread
a can of instant tuna in chili ayam brand - just a few scoops
1 egg
1 tb spoon of sugar

To make it:

1. spread some chili tuna 2 slices bread.
2. use the other 2 slices to make them into sandwiches.
3. cut the bread into 4 quaters. i cut diagonally.
4. dip piece by piece into the egg + sugar mixture.
5. deep fry them.

That's it. Simple. Tasty.

Tuesday, August 17, 2010

Telur Hancur Masam Manis

Telur Hancur Masam Manis
Assalamualaikum.
Bila anda kesuntukan masa, ketandusan idea dan hanya dua hingga 4 orang yang mahu makan, bolehlah cuba lauk ini. Sangat mudah, cepat disediakan dan sedap juga dimakan.

Bahan-bahannya:
3 biji telur ayam.
1 biji bawang besar dihiris bulat-bulat.
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
kalau nak pedas sikit, boleh tambah 2 biji cili hijau

Cara-caranya:
1. Goreng telur biar jadi hancur - serupa scrambled egg. Ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar dan cili hijau hingga naik bau.
3. Masukkan semua sos dan garam.
4. Bila nampak sebati dan garam hancur, masukkan telur hancur.
5. Kacau biar rata dalam beberapa minit.
6. Bolehlah diangkat.

Senang saja kan?

Monday, August 16, 2010

Jenama Sosej Yang Tidak Boleh Dimakan

Berhati-hati! Jenama Sosej Yang Tidak Boleh Dimakan
Tuesday, August 17, 2010

Senarai Jenama Sosej Berbahaya

Gambar hiasan dipinjam di sini.
Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus babi adalah

* Gourmessa
* Muller's Haus
* Dew Fresh
* Puteri
* Miami Butcher House
* Maspac

Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah;

* Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
* German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)
* Puteri Pan Pacific (Puteri)
* MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House)
* Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
* Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)

Projek Koordinator PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah

a) Palace of Golden Horses
b) Coffee Bean Tea Leaf
c) Hotel Equatorial
d) Ikea Cafe (OMG!) – huhuuuh….
e) Muller Sausage.

Sumber disalin dari: EPISODBARU

Nasi Goreng Ekspres

Nasi Goreng Ekspres

Bahan-bahan:
2 cawan nasi semalam.
1 biji telur
semangkuk sayur kubis dan karot
2 biji cili api
2 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam dan garam

Cara-caranya:
1. Panaskan sesudu besar minyak masak.
2. Tumiskan bawang dan cili api yang telah ditumbuk.
3. Bila warna bawang agak kekuningan, masukkan sayur dan gaul rata.
4. Bila sayur agak layu, pecahkan telur dan tunggu hingga hampir masak.
5. Kacau telur bersama sayur.
6. Masukkan nasi dan kacau biar sebati.
7. Taburkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa, kacau sebati.
8. Bolehlah diangkat dan hidangkan dengan taburan bawang goreng.

Takde sayur hijau seba kehabisan stok. Kalau ada daun sup atau daun bawang, sedap juga kalau dihiris halus dan ditaburkan bersama bawang goreng.

Selamat Berbuka atau Bersahur!

Sunday, August 15, 2010

Roti Sira

Roti Sira
Bahan-bahan:

5 atau 6 keping roti sandwich
2 biji telur gred B
sehelai daun pandan
2 cawan air
5 sudu besar gula

Cara-caranya:

Didihkan air bersama gula dan daun pandan.
Pecahkan telur dalam mangkuk berasingan dan pukul hingga kembang sikit.
Bila air mendidih dan gula hancur, celup roti ke dalam telur, biar rata dan terus masukkan ke dalam air.
Ulang hingga roti habis.
Jika ada lebihan telur, curahkan ke atas roti.
Kecilkan api dan tutup periuk dalam 5 min.
Bila telur dan masak, roti pun dah serap sirapnya, bolehlah dipadamkan api.
Biarkan sejuk.
Jika suka sejuk, boleh masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais.

Cepat sekali menyediakannya. Makan pun sedap.

Friday, August 13, 2010

Gulai Telur Kakchik

Gulai Lemak Telur

Bahan-bahan:

1 kotak santan segera 200ml
4 biji telur ayam
1 ulas bawang merah ditumbuk
1 inci lengkuas ditumbuk
1 sudu teh kunyit serbuk - lebih sedap kalau kunyit hidup tapi bekalan habis :(
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:

1. Masukkan santan ke dalam periuk dan tambahkan air hingga takat kuah yang dikehendaki. Kacau.
2. Panaskan santan atas api sederhana.
3. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali telur. Masak hingga mendidih.
4. Kacau-kacaukan kuah agar tidak mendidih dan berbuih keluar.
5. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah. Jangan kacau.
6. Bila telur kelihatan agak masak, kacau perlahan-lahan agar ia sebati dengan kuah tapi bahagian kuning beserta putih telur ada yg masih tidak hancur.
7. Bila telur sudah agak pejal, jangan sampai terlalu pejal nanti tak sedap. Bolehlah diangkat.

Selamat Berbuka!


Sunday, August 1, 2010

Tumis Bilis dengan Kentang

Easy to make and taste quite good.
I've made quite a lot for a 2 days stock. Alhamdulillah, on Friday we ate with rice and yesterday we ate with bread. Crunchy and a little bit sweet and sour taste. Very hot and spicy too.

Click if you like

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails