Telur Hancur Masam Manis |
Assalamualaikum.
Bila anda kesuntukan masa, ketandusan idea dan hanya dua hingga 4 orang yang mahu makan, bolehlah cuba lauk ini. Sangat mudah, cepat disediakan dan sedap juga dimakan.
Bahan-bahannya:
3 biji telur ayam.
1 biji bawang besar dihiris bulat-bulat.
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
kalau nak pedas sikit, boleh tambah 2 biji cili hijau
Cara-caranya:
1. Goreng telur biar jadi hancur - serupa scrambled egg. Ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar dan cili hijau hingga naik bau.
3. Masukkan semua sos dan garam.
4. Bila nampak sebati dan garam hancur, masukkan telur hancur.
5. Kacau biar rata dalam beberapa minit.
6. Bolehlah diangkat.
Senang saja kan?
mudah dan yang penting sedap. Menu ni boleh disediakan masa sahur, bila makanan betul2 dah habis. Thanks kak chik.
ReplyDeletebetul kak. sama-sama.
ReplyDelete