Pages

Thursday, October 6, 2011

Resepi Roti Yogurt Anna Qawina


Resepi ni kakchik salin dari blog Anna Qawina, buat belum tapi takut lupa kat mana resepinya, kakchik publish saja kat sini.


RESEPI ROTI YOGURT
Sumber & salinan: Yani@myresipiIzahdaut & MasDuniaku

Bahan :
  • 250g tepung roti
  • 100g plain yogurt
  • 60g susu segar *Ana guna susu tepung coklat bancuh air suam
  • 25g telur * 1/2 biji telur
  • 20g gula * saya letak 30gram
  • 3g garam *Ana letak 1/2 sdt
  • 30g marjerin
  • 2.5g dry yeast * saya letak 3 gram (lebih kurang 1 1/2 sudu kecil)
     

Cara membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam home bakery. On kan. Biar sampai masak.
  2. Ana masukkan semuanya dalam BM & pilih menu SWEET serta Colour Light. Tekan Start.
  3. Selepas 20 minit pertama, BM akan berbunyi, bolehlah tambah kismis & choc.chips & teruskan proses hingga siap. 
  4. Dah masak, segera keluarkan dari dulang roti ke atas pinggan/wire rack, sejukkan. *agak susah nak keluarkan, jadi sambil telangkupkan roti tu, pusing2 sikit bahagian bawah dulang roti tu.Sejukkan & bolehlah makan..
  5. Nak tegok versi comel2 boleh ke blog Izah & Mas..

Jika membakar dlm loaf, disyorkan bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau perang.
rujuk sini: Pure Enjoyment

Wednesday, August 3, 2011

Makluman: Golden Churn SAH Haram


Klik imej untuk membaca dengan lebih mudah.

Makaroni Goreng Ekspres

Sumber: Keluargaku Sayang

Bahan-bahannya:

3 cawan makaroni
1/3 botol sos pasta Adabi
1 biji bawang besar dipotong halus
1 cawan sayur campur
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya

Rebus makaroni dalam 5 kali ganda air, secubit garam dan satu sudu makan minyak zaitun. Tunggu hingga makaroni kembang, toskan air, ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis sos pasta dan bawang besar.
Bila naik bau masukkan sayur campur, garam dan kacau rata hingga sayur masak.
Masukkan makaroni dan kacau rata.
Akhir sekali pecahkan telur di dalam makaroni, biarkan sebentar hingga telur sedikit masak. Kemudian kacau bersama bahan yang lain beberapa minit hingga telur masak.
Siap dan sedia untuk dihidang.

Wednesday, June 8, 2011

Potato Salad

The original recipe is by my friend, kak Tengku Anita Tengku Arshad. But here is my edited version.


Bahan:

1. 1 kilo kentang - direbus hingga empuk
2. 1 paket sosej ayam - direbus
3. 1 labu bawang merah - dihiris halus
4. 3 tangkai daun bawang - potong halus
5. mayonis - ikut suka
6. daun salad - untuk hiasan
7. sayur campur - kakchik lupa nak beli
8. kismis campur - ikut suka.

Cara-caranya:

1. Potong ikut suka kentang yang telah direbus (buang kulitnya ya).
2. Hiris nipis-nipis sosej yang telah direbus.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali daun salad, gaul rata.
4. Sedia untuk dimakan. Untuk lebih sedap, simpan sebentar di dalam peti sejuk.

Selamat mencuba!

Saturday, May 14, 2011

Mee Segera


Takde la adventure mana pun untuk menyediakan masakan ini. Masakan orang tak cukup masa.

Bahan-bahan:
1 paket maggie kari
1 biji telur
2 cawan air
4 batang sawi
3 kelopak kubis
1 biji cili merah
sedikit bawang goreng untuk hiasa.

Cara memasak:
Rebus air hingga mendidih.
Masukkan perencah maggie kari, kacau rata.
Masukkan maggie dan biarkan lembut.
Kecilkan api.
Masukkan sayur-sayuran.
Bila sayur layu, pecahkan telur. Tunggu telur masak.
Angkat dan hidangkan dengan hiasan bawang goreng.

Friday, May 6, 2011

Singgang Ikan


Bahan-bahan:

500 gm ikan selar kuning
1 labu bawang merah - diketuk
1 labu bawang putih - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
1 batang serai - potong dua dan diketuk
1 keping asam gelugur/keping
3 cawan air (kalau nak kuah banyak tambah sukatan)
garam secukup rasa

Caranya:

Sediakan periuk yang sesuai, masukkan ikan.
Masukkan semua bahan-bahan lain.
Akhir sekali masukkan air.
Rebus pada api sederhana hingga mendidih.
Rasa.
Jika sudah sedap/ok bolehlah diangkat.

Selamat menjamu selera gaya Kelantan.

Thursday, May 5, 2011

Bihun Goreng Pedas


Bahan-bahan:

1/2 paket bihun - direndam hingga lembut
200gm isi ayam
2 biji telur - goreng mata kerbau
2 sudu makan cili giling
2 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
4 kelopak kobis - dipotong halus (ikut sukalah)
4 biji cili padi
1 biji cili hijau siam (pedas)
1/2 cawan air
sedikit bawang goreng untuk hiasan & haruman

Jika mahu tambah sayur lain-lain pun boleh. Kakchik hanya ada kobis je malam ni.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis.
2. Tumiskan bawang dan cili giling hingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam dan gaul rata hingga masak. (nak tambah sotong atau udang pun boleh).
4. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih. (kalau nak masukkan garam pun boleh).
5. Masukkan kobis dan bihun, gaul rata.
6. Bila air kering dan bihun sebati dengan bahan-bahan lain dan gebu, boleh diangkat.
7. Jika belum goreng telur mata kerbau, boleh digoreng di dalam non-stick pan.
8. Hidangkan untuk 2 orang dengan taburan bawang goreng.

Selamat menjamu selera!

Wednesday, May 4, 2011

Telor Goreng Kicap

1

Resepi:

4 biji telur digoreng 'mata kerbau'.
1/2 cawan kicap manis.
3 biji bawang merah dihiris bulat-bulat.
2 biji bawang putih dihiris nipis.
1 biji cili hijau dihiris nipis-nipis 
(cili merah pun boleh. kakchik guna cili hijau sebab dia pedas sikit)
1 biji tomato dibelah 4.

Cara-caranya:

Tumis bawang  dan cili hijau hingga agak layu.
Masukkan kicap dan sedikit air.
Bila mendidih, masukkan tomato dan biar sebentar hingga tomato agak layu.
Tambah garam jika nak tambah perisa.
Angkat dan tuangkan ke atas telur yang telah digoreng.
Sempoi saja. Sedia untuk dimakan.

Monday, May 2, 2011

Ayam Goreng Halia

Ayam Goreng Halia
Recipe shall be added soon.

Tuesday, February 22, 2011

Sandwich Pantas


Bahan-bahan:

6 keping roti sandwich.
1 tin cili tuna
1 biji mentimun - potong serong & nipis
Planta untuk sapuan asas.

Cara-caranya:

1. Sapukan planta ke atas roti.
2. Letakkan kepingan mentimun.
3. Sapukan tuna berlada dengan rata.
Jika ada daun salad, boleh letakkan di atasnya.
4. Tutup dengan kepingan roti yang lain.
5. Ulang langkah 1 - 4 hingga habis roti.
6. Belah empat untuk setiap pasangan sandwich dan anda akan dapat hasil seperti di atas.

Sup Telur Derai-Derai


Sedap dimakan begitu saja.
Tapi kalau nak makan dengan nasi pun boleh saja.
Masukkan bihun atau makaroni pun enak ni.
Resepi sempoi saja.

Thursday, January 20, 2011

Cekodok Pisang Nesvita @ Banana Fritters


Bahan-bahan:

4 biji pisang jelai berangan masak
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula
secubit garam
1 paket Nesvita

Cara-caranya:

Lenyek pisang hingga hancur.
Masukkan gandum dan gaul rata. 
Sebaiknya seimbang adunan pisang dan gandum. Lebihkan sedikit gandum.
Masukkan gula dan garam, gaul rata.
Masukkan Nesvita, gaul rata. sedia untuk digoreng.
Gunakan jari-jemari untuk menceduk adunan dan menggorengnya agar cekodok menjadi bulat.
Goreng hingga cekodok terapung.
Angkat dan sedia untuk dihidang.

Friday, January 7, 2011

Telur Dadar Buttercup

Simple lunch dish just for 2.
3 grade C eggs + 1/2 an onion (diced) + a bit of salt + 4 small chillies (sliced).
Mixed well and fried with a buttercup.
That's it.

Thursday, January 6, 2011

Roti Bakar Serikaya


Tonight's dinner is a very very simple dish.
I made the because dear hubby request to eat them.
He likes Roti Bakar Serikaya so much.
To make this is very easy and I know most of you know how to do it so no need for me to write the recipe.

Saturday, January 1, 2011

Ayam Masam Manis Resepi Chef Hanieliza

Our dinner for Jan 1st. 2011

Sweet Sour Chicken (Ayam Masam Manis).
Easy to make, delicious to eat.

Click if you like

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails